Monday, May 30, 2011

aku dirogol..dapat ke kau terima aku?

aiceh aiceh.. bukan aku yg kena rogol..hihiih tapi ini adalah sbahagian adegan dari drama yg tengah meletopskrg.. NORA ELENA .. drama ini tercetus dari sebuah novel iaitu KASIH YANG SUCI , yg ditulis oleh MEEN ZULAIKHA.. novel  nih pon dapat sambutan hebat tau.. hmmmm smakin byk drama dan filem yg tercetus dari novel.. mmg tak pelik lah.. bab pnulis2nya hebat2 belaka :) jalan cerita yang sgt best,,, mcm mne lah diaorg korek/perah otak diaorg utk menghasilkan sebuah novel.. aku time skulah dulu,mcm nak mati tulis karangan... inikan pulak sebuah novel.. cayalah!!! pada yang tak suka membaca.. layan lah drama nih.. pastikan korg tepacak kt depan tv stiap isnen smpai kames ,pkul 7 ptg hngga 8 mlm :)
sinopsis drama :
Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. 


Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?
 kasih yang suci


Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"


sinopsis belakang buku:

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh
diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir
hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi
kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi
suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu.
Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan
tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang
terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun
hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya
merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah
simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia
yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...
Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya
yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling
memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan
menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi
kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sinopsis di website alaf 21:

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk
memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan
penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk
meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu,
kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti
jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa
sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba
muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka?
Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar.
Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana
kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap
suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.

RM 19.90
572 mukasurat


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...